Saturday, August 13, 2011

lelaki yang dirindui

LELAKI YANG DIRINDUI
'
Lelaki' yang kukagumi,
berusaha keras mengembalikan
madrasah Rasulullah hingga ke hujung nyawa 
Dulu
, Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi 
Dulu,
, Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri
Dulu, 
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita
  Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga
Dulu, 
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda
  Kini
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa 
  Dulu
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama 
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya 
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah
Kini,
 Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah
Dulu, 
Lelaki memperjuangkan Deen dan
Ummah Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh 
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh
Dulu 
, Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh
Kini
, Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah 


Kembalilah lelakiku 
Pada kelelakianmu Kami rindukan lelaki dulu Acuan Madrasah Rasul

 kopi dan paste sahaja
dari
  kak FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN Petikan daripada Novel Syabab Musafir Kasih

santai jom